Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Martin Tommy hulur sumbangan ramadhan di Pensiangan

0

TIMBALAN Ketua Bahagian parti Warisan Sabah Bahagian pensiangan Martin Tommy berkata, parti itu tidak akan berhenti untuk membantu rakyat sekali pun berada di posisi pembangkang.

“Warisan sentiasa mendampingi rakyat dalam apa juga situasi,” katanya kepada The Boneo Digest ketika ditemui selepas penyerahan bantuan kepada pentadbir Surau Ansip Laut di sini pada Ahad.

Sebanyak 22 buah surau di Parlimen Pensiangan masing-masing menerima sumbangan kewangan daripada Martin untuk meringankan bebanan pengurusan  surau pada  sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada Khamis depan.

Martin berkata, berada di blok pembangkang bukan tekanan besar kepada parti itu untuk terus aktif bagi membantu rakyat di negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Pensiangan.

“Kami bekerja seperti biasa, dan ini lah kelebihan parti Warisan,” katanya, dan menambah parti Warisan tidak pilih bulu untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Bersama dalam program itu ialah mantan  Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sook yang juga Ahli Jawatankuasa Parti Waisan PensianganEdward Kandok, Ketua Wirawati bahagian itu Siti Noorhasmawaty Osman, Pemangku Ketua Wanita Alice Jusit serta pemimpin-pemimpin setempat

 722 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.