Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Wanita bertudung diminta masak ‘babi panggang’

0

JAKARTA: Sebuah video tular dalam Instagram selepas warga maya meminta seorang pempengaruh bertudung memasak babi panggang.

Lapor Suara.com, komen itu dimuat naik dalam akaun Instagram @asahid_tehyung.

Wanita itu diminta oleh pengikutnya menghasilkan video tutorial memasak hidangan tersebut.

Permintaan yang mengejutkan itu bagaimanapun, tidak mengundang kemarahan wanita tersebut.

Wanita itu berkata, dia akan berusaha memenuhi permintaan tersebut.

Menerusi video tutorial itu, wanita tersebut menggunakan bawang putih, sos tiram, madu serta beberapa rempah lain untuk memasak hidangan tersebut.

Disebabkan daging babi adalah haram dimakan oleh orang Islam, wanita itu sebenarnya menggantikan seekor ayam bagi memenuhi permintaan tersebut.

Ayam yang sudah digaul sebati dengan rempah itu dibakar selama sejam dalam ketuhar.

Video tersebut mengundang perhatian dan ramai warga maya meninggalkan komen positif.

 421 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.