Wanita pertama di dunia berjalan di angkasa lepas
ANGKASAWAN China, Wang Yaping menjadi wanita Cina pertama di dunia yang berjalan di angkasa lepas selepas beliau dan seorang lagi angkasawan melengkapkan misi enam jam di luar stesen angkasa Tiangong.
Tiangong yang membawa makna ‘istana syurga’ kini masih dalam pembinaan dan bakal menjadi stesen angkasa kedua selepas Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Keseluruhan stesen itu dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi menjelang 2022.
Yaping dan angkasawan Zhai Zhigang keluar dari Taingong semalam sambil melambai ke arah kamera dan memasang peralatan sambungan.
Agensi Angkasa Lepas China menerusi kenyataan memaklumkan, pencapaian itu merupakan kejayaan luar biasa, terutamanya bagi golongan angkawasan wanita.
“Kesemua proses itu berjalan lancar dan berjaya,” menurut kenyataan itu.
Tiangong dijangka beroperasi selama 10 tahun dan Yaping merupakan angkasawan pertama yang sampai ke modul stesen tersebut. – AFP