Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

TABS Bandaraya dapat pendedahan dalam Borneo CUP 2022

0

Oleh DG HENRY

KOTA KINABAL (Sabah, Malaysia): Kejohanan Borneo Cup 2022 banyak memberi pendedahan kepada pemain-pemain TABS Bandaraya berikutan penyertaan pasukan-pasukan dari luar seperti Australia, Filipina dan Indonesia selepas ia diadakan semula tahun ini.

Skuad TABS Bandaraya B15 bersama Lokman dan jurulatih Rosli Jamal

Kejohanan itu tidak diadakan selama dua tahun akibat pandemik Covid 19.

Timbalan Pengerusi TABS Bandaraya, Lokman Sunggim, berkata, tahap kejohanan ini semakin meningkat kerana pasukan-pasukan dari luar sentiasa memberi persaingan sepanjang kejohanan.

Katanya, TABS Bandaraya sudah mengambil bahagian dalam kejohanan itu sejak lebih 10 tahun yang lalu.

“Kita dapati pasukan-pasukan luar terutama dari Australia dan Filipina memberi cabaran kuat dalam Borneo Cup ini khususnya bagi kategori bawah umur 15 dan 16 tahun,” katanya selepas bersama pasukan TABS Bandaraya yang menduduki tempat ketiga dalam kategori umur bawah 15 tahun.

Lokman bersama jurulatih dan para pemain B15 TABS Bandaraya serta penyokong mereka

TABS Bandaraya menewaskan pasukan SouthRidge School dari Filipina 1-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

Kategori itu dijuarai pasukan Perth SC dari Australia selepas mengalahkan pasukan Sekolah Sukan DPM 1-0 pada perlawanan akhir di venue yang sama.

Lokman yang juga pengurus pasukan B15 dan B16 TABS Bandaraya, berkata pihaknya berpuas hati dengan semangat pemain-pemain yang berusaha memberi cabaran kepada lawan mereka.

Katanya, walaupun pasukan menjalani latihan yang singkat namun kesungguhan pemain-pemain membolehkan mereka mampu memberi saingan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pemain-pemain B15 dan ketua jurulatih, Rosli Jamal serta jurulatih pembantu, Rosmadi Wasli, Suharmin Yusof, Mohd Azrul dan jurulatih penjaga gol, Ledy Malatang atas usaha yang mereka lakukan,” ujarnya.

Mengenai kategori umur bawah 16 tahun, beliau berharap ketua jurulatih Roslan Wasli mampu membimbing pasukan itu untuk mara ke pusingan seterusnya yang akan berakhir Sabtu ini.

Menurutnya, setakat pasukan itu menang 1-0 ke atas pasukan Dreaming Futbol United FC dari Filipina dan kalah dengan pasukan Grey United FC dari Kelantan.

“TABS mempunyai satu lagi perlawanan dalam Kumpulan A menentang pasukan Football West dari Australia. Perlawanan ini akan menentukan aksi ke pusingan seterusnya,” tambahnya.

 103 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.