Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Warisan kehilangan tonggak di Kota Marudu

0

Oleh DG HENRY dan EKOK AMIN

JOMINIT KOBUHI

PARTI Warisan semakin kehilangan arah apabila empat orang pemimpin berpengaruh di Bahagian Kota Marudu meninggalkan parti itu.

“Jodoh kami bersama Warisan berakhir di sini,” Jominit Kobuhi, dipetik memberitahu The Borneo Digest dalam satu kenyataan pada Rabu.

TONY MONIRING

Jominit merupakan mantan Ketua Daerah, Pengerusi Task Force Warisan KDM (Kadazandusun, Murut dan Rungus) Dewan Undangan Negeri (DUN) Motunggong yang disegani.

Selain Jominit tiga orang pemimpin bahagian parti itu turut meletakkan keahlian, terdiri daripada Tony Moniring (Ahli Jawatankuasa Parti Warisan Bahagian Kota Marudu0, Razali Rajawa (Mantan Ketua Anak Negeri) dan Ustaz Razali Ismail Marassua.

RAZALI RAJAWA
RAZALI ISMAIL MARASSUA

Sramai 60 orang akar umbi parti Warisan bahagian itu turut mengugurkan keahlian dalam parti pimpinan Datuk Seri Shafie Afdal itu.

“Kami menyokong tindakan Datuk Peter Anthony untuk menubuhkan sebuah parti baharu,”.

“Kami sama sekali tidak bersetuju dengan usaha pengembangan parti Warisan ke Semenanjung Malaysia,”.

“Kami menyokong penuh dan menjunjung perjuangan DPA untuk mempertahankan hak rayat tempatan khususnya KDMR,” Katanya kepada The Borneo Digest.

 522 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.