Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ahli kumpulan ajaran sesat rakam video potong alat kemaluan

0

TUJUH lelaki ditahan selepas didapati merakam video yang memaparkan diri mereka dikembiri untuk disiarkan dalam ‘dark web’ yang diiklankan di Twitter.

Lapor Daily Star, beberapa ahli kumpulan ajaran sesat didakwa melakukan prosedur mengerikan itu di sebuah ruang bawah tanah pangsapuri di Finsbury Park, London Utara.

Mereka berbuat demikian bagi membolehkan video dirakam distrim dalam perkhidmatan berbayar bagi setiap tontonan.

Detektif dari pasukan penyiasat menghabiskan masa tiga hari menggeledah pangsapuri tersebut dalam operasi terhadap kumpulan kultus yang menggelar diri mereka sebagai nullos.

Seorang lelaki warga Norway berusia 44 tahun yang menetap di pangsapuri itu, ditahan kerana disyaki berkomplot sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Suspek dipercayai mengendalikan sebuah syarikat penerbitan filem dan menjalani prosedur itu bersama enam individu lain yang ditahan.

Berdasarkan laporan The Sun, kumpulan itu bertemu dalam satu forum dalam talian yang diadakan untuk golongan lelaki dikenali sebagai sida.

Golongan sida merupakan lelaki yang sudah membuang alat kemaluannya.

Sementara itu, jurucakap polis Metropolitan mengesahkan lelaki dalam lingkungan 40-an yang ditahan berhubung siasatan itu, kini sudah diikat jamin, termasuk enam yang ditahan.

 

 248 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.