Oleh DG HENRY

PERSATUAN Bola Sepak Sabah (SAFA) mengadakan majlis berbuka puasa kakitangannya di Pusat Perdagangan Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Khamis.
“Alhamdulillah, kakitangan kami dapat berkumpul untuk bersama-sama berbuka puasa,” kata Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar.
Menurutnya, Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak dapat bersama kerana beliau berada di Kuala Lumpur.
Manakala Setiausaha Agung SAFA, Datuk Dr Jelani Hamdan yang dijadualkan hadir pada majlis itu juga tidak dapat berbuat demikian disebabkan kurang sihat, tambahnya.
Turut hadir ialah Ahli Majlis Tertinggi SAFA, Shamsuddin Mohd Shah, Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom, Pengarah Teknikal SAFA, Omar Maya Amat, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan SAFA, Lokman Sunggim dan Pegawai Tadbir, Malim Surat.