Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

41 pelanggan pusat hiburan di Keningau dikompoun langgar SOP

0

Oleh DG HENRY dan EKOK AMIN

DSP NOR RAFIDAH KASIM

SERAMAI 41 individu di Keningau (Sabah, Malaysia) dikompoun kerana didapati melanggar Stanrad Operating Preocedure (SOP).

Kejadian kira-kira jam 1.15 pagi pada Ahad merupakan yang kedua selepas 45 individu prada minggu kedua tahun 2022 dilayangkan kompuan dalam kes yang sama.

Ketua polis keningau Deputi Superintendan Polis (DSP) Nor Rafidah Kasim memberitahu kesemua indiidu yang dikompoun didapati asyik berhibur di sebuah pusat hiburan di pusat bandar daerah pedalaman Sabah itu.

Nor Rafidah memberitahu dalam satu kenyataan kepada media, sepasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah & Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Keningau telah menjalankan tugas Operasi Pematuhan SOP PPN 4 dan Op Noda di sebuah premis di kawasan pekan Keningau dan berjaya mengeluarkan kompoun kepada individu-individu tersebut

Katanya, ketika  serbuan dilakukan didapati muzik masih dimainkan dengan kuat di permis berkenaan dan para pelanggan masih minum minuman keras.

“Secara keseluruhan seramai (41) individu terdiri daripada (27) lelaki dan (14) perempuan telah diperiksa dan dikeluarkan kompaun kerana tidak mengikuti SOP yang ditetapkan di bawah kesalahan Peraturan 17 (2) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LLDKTJ) (Pelan Pemulihan Negara) 2021,”.

“Seorang lelaki yang mengaku sebagai penjaga premis telah ditangkap kerana premis beroperasi tanpa lesen yang sah yang disiasat dibawah Ordinan Hiburan Awam. Beberapa peralatan muzik turut dirampas dan tangkapan serta rampasan dibawa balik ke IPD Keningau untuk tindakan lanjut,” Katanya.

Ketua Polis itu menasihatkan orang ramai serta pemilik permis-permis hiburan supaya mematuhi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di dalam Pelan Pemulihan Negara bagi memastikan diri, keluarga dan masyarakat kekal selamat.

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.