Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pegang kemaluan isteri jiran, lelaki dihunus dengan parang

0

KENDARI: Seorang lelaki berusia 38 tahun bertindak menghunus jirannya dengan parang selepas mangsa memegang bahagian kemaluan isterinya di Kota Kendari, Sulawesi Tenggara.

Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polis Kendari, Fitrayadi berkata, kes bermula selepas suspek pulang dari kebun dan melihat mangsa sedang duduk sambil mengambil minuman keras bersama rakan-rakannya.

Katanya, suspek turut membawa sebilah parang ketika menghampiri mangsa dan memberi amaran kepada orang lain yang berada di kedai itu.

“Suspek memberi amaran: Orang tua ini adalah masalah dengan saya, dia pegang isteriku. Kalau ada yang cuba masuk campur aku akan potong-potong dia.

“Mangsa yang ketakutan menarik baju lelaki itu dan meminta maaf serta-merta,” katanya lapor Tribunnews.

Fitrayadi berkata, suspek bertambah emosi selepas mendengar permintaan maaf mangsa sebelum mengeluarkan parang dan dihayunkan ke arah leher mangsa.

Jelasnya, hayunan tersebut turut mengenai bahagian siku mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.

Suspek malah memukul mulut dan menendang mangsa sehingga tersungkur ke tanah.

Mangsa dilaporkan terselamat dan membuat laporan polis.

 

 46 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.