Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Lelaki dan wanita asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen sah

0
IMG-20160330-WA0086
Polis Keningau menjalankan pemereksaan di salah sebuah pusat hiburan

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Empat lelaki dan seorang wanita ditahan dibawah Seksyen 6(1)( c ) Akta Imigresen, kerana didapati berada di negara ini tanpa dokumen yang sah.

Ketua Polis Keningau Deputi Surpritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong memberitahu dalam satu persidangan berita di sini, keempat-empat mereka ditahan di beberapa pusat hiburan ketika operasi bersepadu dijalankan di sekitar Bandar Keningau pada 30 Mac 2016.

Seramai 104 orang dipereksa sepanjang operasi itu termasuk 16 wanita.

Ketika satu sekatan jalanraya yang dijalankan di Jalan Masak Keningau, polis Berjaya mengeluarkan 13 keping saman bagi pelbagai kesalahan kepada pemandu yang melangar peraturan.

Operasi itu turut menahan seroang lelaki kerana memandu dibawah pengaruh alkohol.

Mengenai operasi itu, Taong berkata ia dijalankan berterusan bagi memastikan keselamatan dan keamanan di daerah itu dalam keadaan terkawal. – Oleh: KALAWON SALANGIT.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.