
SERAMAI 70 orang anggota pasukan pelbagai pangkat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) menyertai Kursus Kepimpinan Dan Pengurusan Rela di Keningau.
Ketika merasmikan penutupan kursus itu di sini pada Khamis, Pengarah Rela Sabah Mohammad Pauzi bin Jhumat berkata, intipati kursus yang diadakan selama dua hari itu mendedahkan pegawai-pegawai pasukan itu mengenai pengurusan sumber manusia yang berkesan.
“Kursus ini memberi ilmu kepada anggota-anggota Rela bagaimana mengurus anggota bawahan,”.
“Satu platun itu dianggotai sekurang-kurangnya 30 orang tetapi di sini (Keningau) saya difahamkan ada platun yang mempunyai keanggotaan seramai 200 orang,”.
“Mengurus sumber manusia ini satu perkara yang sukar .. justeru pemimpin perlu memiliki ilmu,” katanya kepada The Borneo Digest.
Pazi berkata, anggota Rela perlu memiliki ilmu yang cukup sebagai bekalan dan panduan menjadi seorang pemimpin yang berkesan dalam pasukan itu. – Oleh: EKOK AMIN
![]()