Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Anak bunuh bapa, ibu, kakak, tikam dengan pisau dapur

0

SEORANG anak berusia 30 tahun di Bantaeng, Sulawesi Selatan (Indonesia) sanggup membunuh bapa, ibu dan kakaknya dengan menikam mangsa menggunakan pisau dapur.

CNN Indonesia melaporkan, kejadian berlaku ketika suspek duduk di ruang tamu, kemudian mengambil pisau dapur dan menikam mangsa.

Ekoran itu, ibu suspek, Sadia, 69; bapa, Baddu, 77, dan kakaknya, Sitti Saleha, 39, terbunuh akibat tikaman tersebut.

Ketua Daerah Bantaeng, Rahmat Sumengkar berkata, suspek ditahan berserta barang bukti berupa pisau dapur yang digunakannya menikam mangsa.

“Motif kejadian tidak diketahui kerana suspek didakwa mengalami gangguan mental,” katanya.

 

 288 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.