Oleh JOHARY INDAN

KETUA Bersatu Lahad Datu, Abdul Hakim Ghulam menyantuni masyarakat Tionghua di sekitar bandar dan Fajar Centre sempena sambutan Tahun Baru Cina 2022.
Abdul Hakim mengedarkan limau dan kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina 2022 sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal di raihkan pada Selasa ini.
Katanya, walaupun berbeza kaum dan budaya, namun masyarakat daerah ini masih hidup dalam suasana harmoni.
Sehubungan itu, katanya, usaha untuk memahami dan menghargai perbezaan budaya ini perlu terus dipupuk tidak kira peringkat umur.
Turut hadir dalam program itu Ketua Srikandi BERSATU Lahad Datu, Mizma Appehdullah; Ketua Sayap Bersekutu, BERSATU Lahad Datu, Thomas Wong; dan Timbalan Ketua BERSATU Bahagian, Abdul Rahim Ghulam Hassan.
![]()