Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ada YB sertai KDM – Datuk Peter Anthony

0

Oleh DG HENRY

PENAMPANG (Sabah, Malaysia): “Ada YB akan menyertai KDM,” – Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Datuk Peter Anthony memberitahu media dalam satu persidangangan berita di majlis mengumumkan dua lagi calon parti itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) 15.

Presiden parti KDM Datuk Peter Anthony (tengah) diapit oleh kedua-dua timbalannya, Juil (kiri) dan Wetrom (kanan) ketika mengumumkan dua lagi calon parti itu yang akan bertandin pada pilihan raya umum (PRU) 15. Turut kelihatan empat dari kiri ialah Martin Tommy Naib Presiden parti KDM

Calon-calon yang diumumkan ialah Amat Md. Yusof, 63, bagi Parlimen Kimanis dan Jumardie Lukman, 40, bagi kawasan Sepanggar menjadikan empat calon parti itu disahkan sehingga pada Selasa.

Beberapa hari lalu Peter mengumumkan dua orang calon iaitu Datuk Seri Winston Liaw Kit Siong yang bertanding di Parlimen Kota Kinabalu dan Datuk Wetrom Bahanda di Kota Marudu.

Di daerah Tenom pada sabtu ini Peter akan mengumumkan beberapa nama calon termasuk pedalaman dan kawasan-kawasan yang lain, sementara selebihnya sebelum penamaan calon.

Sabah mempunyai 25 kawasan pilihan raya parlimen.

Mengulas lanjut mengenai YB (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang bakal menyertai parti itu, Peter tanpa memberi gambaran sama ada YB tersebut daripada kumpulan kerajaan atau pembangkang sekadar berkata, jangkaan itu akan berlaku jika rezeki menyebelahi KDM.

“Kita begitu mengharapkan kemungkinan ada kemasukan YB kalau ada rezeki .. ini akan memperkuatkan parti .. di peringkat parti .. diperingkat persediaan pilihan raya kita,” katanya.

Peter yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, pengumuman calon  parti itu dibuat secara berperingkat kerana pihaknya menerima banyak permohonan termasuk dari pemimpin tempatan berpengalaman untuk menyertai parti terbabit.

“Di peringkat parti, kita mempunyai jawatankuasa penapisan calon jadi sebab itu kenapa kita buat secara berperingkat dan calon yang masih perlu diperhalusi (kriteria kelayakan calon) sebelum kita akan umumkan.

“PRU-15 ini berbeza dengan yang lalu. Bukan saja mereka (rakyat) akan menilai sesebuah parti tetapi mereka akan lihat latar belakang calon.

“Sama ada calon yang kita turunkan sama ada mereka ini calon berpotensi atau tidak, inilah yang akan dinilai oleh pengundi nanti.

Menjawab soalan wartawan, Peter memberi bayangan bahawa partinya , akan menyokong mana-mana kompenan parti yang berjaya  membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.

“Dasar perjuangan dan matlamat parti ini sejak kita tubuhkan adalah sebuah parti yang menghormati dan menyokong kerajaan yang mentadbir sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan,” katanya.

Ditanya pemberita mengenai status KDM berhubung kedudukan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), beliau berkata pihaknya masih belum menerima sebarang pengesahan berkenaan permohonan menyertai gabungan terbabit.

“Politik ini akan berubah, dinamik akan berubah jadi mungkin mereka (GRS) memerlukan masa untuk mempertimbangkan kedudukan kami, mungkin selepas PRU-15,” katanya.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.