Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jeffrus Maimin Rijan Dipilih Naib Presiden PUTRA

0

KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungn Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Jeffrus Maimin Rijan dipilih sebagai Naib Presidenparti itu  dalam Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi (ADT)  yang diadakan di bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, Kuala Lumpur pada Sabtu (22 Okt 2022). .

Pemilihan beliau diumumkan oleh Presiden parti PUTRA Malaysia Dato Paduka Dr. Ibrahim Ali dan disokong sebulat suara oleh semua yang hadir.

Jeffrus Maimin Rijan sebelum ini adalah satu-satunya rakyat Sabah yang telah terlibat menubuhkan parti PUTRA, kemudian dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi dan Pengerusi, Badan Perhubungan PUTRA negeri Sabah.

Penglibatan beliau dalam politik telah bermula sejak beliau masih balasan tahun dan masih berada di bangku sekolah lagi, dimana pada tahun 1974 beliau telah memegang jawatan sebagai Setiausaha, Pergerakan Pemuda USNO Cawangan Kg. Pasir Puteh, Keningau, yang pada ketika itu USNO adalah merupakan kerajaan kepada negeri Sabah.

Pada tahun 1991, iaitu ketika UMNO mula-mula berkembang ke negeri Sabah, Jeffrus Maimin Rijan telah dilantik sebagai Setiausaha, Pergerakan Pemuda UMNO, Bahagian Keningau, kemudian Setiausaha UMNO Bahagian Keningau sebelum kemudian menjadi Naib Ketua UMNO Bahagian, Keningau iaitu jawatan tertinggi pernah beliau pegang dalam parti UMNO sebelum beralih menyertai Dato Dr. Ibrahim Ali dan rakan-rakan lain menubuhkan Parti PUTRA.

 

 

 

 340 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.