PEMBANTU Menteri Kerja Rya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, seseorang kejayaan dalam bidang sukan hanya akan tercapai jika pengamalnya memiliki displin yang tinggi serta fokus untuk mengeja kecemarlangan.
“Mereka yang berdisplin tinggi pasti akan menemui kejayaan yang cemarlang dalam bidang sukan,” Katanya ketika memberi suntikan semangat kepada Pasukan Bens Garage yang akan mewakili Daerah Keningau ke Perlumbaan RHG Drag Race yang akan berlangsung di Tawau.
Robert yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, kejayaan pasti memihak kepada mereka yang benar-benar fokus dan komited dalam memburu kejayaan.
Sebagai suntikan semangat, Robert menyampaikan sumbangan peribadi kepada Ketua Pasukan Bens Garage Affendie Calvin Jinuin dan Pengurus Pasukan Mohd Faiz Jinuin yang akan berentap di Tawau pada 29 – 30 Januari depan.