Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

KUWANIS tidak terlibat aktiviti Penanaman Guarana di Sabah – Mohd Redzuan

0

Oleh: EKOK AMIN

PENGERUSI Koperasi Usahawan Bumiputera Sabah Berhad (KUWANIS)  Mohd Redzuan Alim berkata, koperasi itu tidak akan terlibat dalam sebarang aktiviti Guarana,

Guaraná atau nama saintifiknya Paullinia cupana (juga P. crysan, P. sorbilis) ialah sejenis pokok herba menjalar dari spesies Sapindaceae yang berasal dari Venezuela dan Utara Brazil.

Redzuan memberitahu bahawa pendirian KUWANIS itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Pertanian Sabah.

“Oleh itu, saya dengan tegas melarang penglibatan semua anggota KUWANIS dalam aktiviti Guarana selagi belum ada kebenaran diberikan oleh pihak kerajaan negeri dan Jabatan Pertanian,”.

“Sekianya ada dikalangan anggota yang bertegas untuk turut serta dalam menjayakan aktiviti Guarana ini, maka sekirannya pihak Jabatan Pertanian mengambil tindakan, KUWANIS tidak akan bertanggungjawab,” Katanya dalam kenyataan kepada The Borneo Digest di sini pada Rabu.

Redzuan berkata, Seksyen Biosekuriti dan Kurantin Tumbuhan  Jabatan Pertanian Sabah telah memanggil  beliau pada 5 Januari 2022 untuk memberi reaksi mengenai permohonan koperasi untuk mendapatkan pencerahan berkaitan penanaman Guarana di Sabah.

“Hasil perjumpaan itu adalah pihak Jabatan Pertanian tidak membenarkan aktiviti penanaman Guarana di Sabah,” Jelasnya.

“..Tetapi perlu saya jelaskan bahawa Kuwanis tidak ada saranan untuk menanam Guarana sebelum mendapat kepastian dan kelulusan daripada pihak Kementerian dan Jabatan Pertanian Sabah,” Katanya dan menjelaskan bahawa taklimat Skim Galakan yang beliau anjurkan melalui platform googlee meet pada 16 Oktober 2021 menekankan hanya akan melaksanakan aktiviti berkaitan Guarana setelah mendapat pencerahan daripada pihak berwajib khususnya Jabatan Pertanian Sabah.

“Tidak ada saranan sama sekali bagi Kuwanis untuk menanam Guarana sebelum mendapat kebenaran daripada kerajaan,” Tegasnya.

Redzuan berkata, Kuwanis akur dan menghormati arahan daripada Jabatan Pertanian Sabah.

 

 

 2,013 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.