Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Amalkan hidup dalam kepelbagaian anutan agama – Flovia Ng

0

Oleh DG HENRY

Wakil Rakyat Tulid Flovia Ng mengabadikan gambar kenangan bersama ahli-ahli keluarga besar Ladi sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha di Kg. Pangiradan

PEMBANTU Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Flovia Ng mahu rakyat mengamalkan kesederhanaan dan pada masa yang sama berpegang kepada kepercayaan masing-masing.

Mendengar dan melayani suara rakyat

“Kita sangat beruntung kerana hidup harmoni, muhibbah dan bersatu padu dalam kepelbagaian bangsa dan amalan agama,”.

Menghulurkan sumbangan seadanya kepada penduduk

“Nilai murni ini sangat penting bagi kita,” katanya kepada The Borneo Digest ketka ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidiladha Keluarga Besar Ladi di Kg. Pangiradan Tulid (Sabah, Malaysia) pada Ahad.

Wakil Rakyat Tulid itu berkata perbezaan kaum dan agama bukan merupakan sebab masyarakat berpecah-belah tetapi berpunca daripada kalangan mereka yang terlalu taksub dengan amalan mereka.

“Apabila kita dapat meraikan perayaan hari ini, bermakna kita dapat menerima kepelbagaian cara hidup di Malaysia,”.

“Saya sangat gembira melihat keluarga besar yang saling bekerjasama untuk memberi sokongan dan dorongan antara satu bagi menjayakan program hari ini,” katanya.

Seramai 200 tetamu menghadiri majlis itu, apa yang Flovia sifatkan satu signifikan yang perlu dicontohi oleh pihak lain.

Mengabadikan kenangan bersama si kecil

“Kita sangat beruntung kerana hidup dalam sebuah negara yang sangat harmoni,” tambahnya dan berkata, ia tidak berlaku di beberapa negara lain di dunia.

Beliau menitipkan pesanan kepada komuniti di kampung itu supaya mempertahankan keharmonian  sedia ada, selain berusaha memperkasakan perpaduan sesama sendiri.

Sepanjang berada di kampung itu, Flovia mendengar segala kemuskilan yang dihadapi rakyat sambil berama mesra dengan tetamu.

Mengiringi wakil rakyat itu ialah Pemaju Masyarakat Tulid Jafdin @ Narisin Petrus.

 

Di Kg. Sinua, Wakil Rakyat Tulid mengutuskan sumbangan bagi membantu meringankan kepada keluarga mandiang Kennedy Lawerince Adrian yang terkorban dalam satu kemalangan ngeri di Batu 16 Jalan Keningau – Sook pada Sabtu.

Pemaju Mukim Lanas Ilik menyampaikan sumbangan simpati kepada keluarga mandiang Kennedy Lawerince Adrine yang disampaikan oleh Pemaju Mukim Lanas Ilik Ukim kepada bapa saudara mandiang Walley Asun

Sumbangan disampaikan oleh Pemaju Mukim Lanas Ilik Ukim willy kepada adik kepada bapa mandiang Willy Asun.

Mandiang Lawerince terkorban di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya, sebuah Produa Viva bersama seorang rakan bertembung dengan sebuah pacuan empat roda, Toyota Hiluk Single Cab ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman dari bandar Keningau.

Jenezah mandiang kini berada di Hospital Queen Elezebert Kota Kinabalu untuk bedah siasat, sementara dua mangsa yang lain dirujuk ke Hospital Keningau untuk rawatan.

Flovia mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga manding dan meminta mereka yang ditinggalkan supaya menerima ketentuan Tuhan.

Kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tulid turut bersimpati dengan pemergian mandiang.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.