Oleh DG HENRY
SEORANG maut dua cedera parah dalam satu kemalangan melibatkan pertembungan dua buah kenderaan, Toyota Hiluk Single Cab dengan Produa Viva di Batu 16 Jalan Keningau – Sook kira-kira jam 10.30 pagi pada Sabtu.

Kedua-dua kenderaan, Toyota Hiluk Single Cab menghala ke bandar Keningau dari pekan kecil Sook, sementara Produa Viva yang dipandu mangsa dengan seorang rakan menuju ke pekan kecil Sook dari bandar Keningau.
Wartawan The Borneo Digest melalui lokasi itu dalam perjalanan ke daerah Sook 15 minit sebelum kejadian.
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, mangsa yang meninggal seorang warga tempatan dikenalpasti sebagai Kennedy Lawrence Adrine, 27.
Mangsa yang mengalami kecederaan teruk Eswan Bin Muhammd Nur, 34 tahun, dan seorang lagi, pemandu Toyota Hiluk Single Cab yang identitinya belum dikenalpasti dirujuk ke Hospital Besar Keningau untuk rawatan kecemasan.
Ketua Balai BBP Sook, PBKII Razlan Bin Ardy ketika dihubungi memberitahu, mangsa yang meninggal tersepit di dalam kenderaan Produa Viva dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba.
“”Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tidak ada kemerbahayaan .. tidak ada liputan grin dan talian telefon,” lapor kenyataan jabatan itu.
Operasi tamat pada jam 12.30 tengahari.
Ketua Polis Keningau Deputi Superintenden Polis (DSP) Nor Faridah Kasim dalam satu kenyataan berasingan mengesahkan laporan kemalangan itu telah dibuat.
Kes dirujuk dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987.