Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Anak Duterte angkat sumpah Naib Presiden Filipina

0

ANAK perempuan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, Sara Duterte Carpio dilantik sebagai Naib Presiden ke-15 negara pada Ahad, selepas kemenangan dalam pilihan raya, 9 Mei lalu.

Sara Duterte, 44, sebelum ini bertugas sebagai seorang peguam yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan hakim bersekutu Mahkamah Tinggi.

Beliau akan meletakkan jawatan sebagai Datuk Bandar Davao untuk menggalas tugas baharu bermula 30 Jun depan.

Tarikh tersebut juga merupakan hari sama Ferdinand Marcos Jr akan mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Filipina.

“Suara 32.2 juta rakyat Filipina lantang dan jelas, dengan mesej untuk berkhidmat kepada tanah air kami dan mesej ini ditegaskan dalam ikrar saya untuk berbakti kepada negara,” katanya dalam majlis di bandar Davao.

Bulan lalu, anak kepada mendiang diktator Filipina, Ferdinand Marcos berjaya mencatatkan kemenangan besar dalam pilihan raya presiden negara.

Ferdinand Marcos Jr yang juga dikenali sebagai `Bongbong’ memperoleh hampir 30 juta undi.

Kemenangan Marcos Jr bakal mengembalikan keluarga itu ke tampuk kuasa, hampir 36 tahun selepas hidup dalam buangan susulan kebangkitan `kuasa rakyat’ pada 1986-AGENSI

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.