Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Asteroid berdekatan bumi adalah serpihan bula

0

SAINTIS mengenal pasti ketulan kecil yang menjejaki orbit bumi adalah asteroid Kamo Oalewa yang berasal dari bulan.

Lapor The Guardian, pemerhatian baharu meyakini ia adalah serpihan dari bulan yang terapung di angkasa akibat pelanggaran bulan purba.

Asteroid itu pernah ditemukan pada 2016, namun sehingga kini agak sedikit maklumat mengenainya.

Kamo Oalewa merupakan antara satelit separa bumi iaitu kategori asteroid yang mengorbit matahari dan paling hampir dengan bumi dengan jarak kira-kira 14.4 juta kilometer.

Walaupun asteroid itu adalah dekat daripada aspek astronomi, namun, saiznya adalah sebesar roda Ferris dan lebih samar daripada bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Teleskop bumi paling canggih diperlukan untuk membuat pemerhatian tersebut.

Ahli astronomi mendapati spektrum cahaya yang dipantulkan dari asteroid tersebut sepadan dengan batu angkasa bulan dari misi Apollo Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) menggunakan Teleskop Binokular Besar di Gunung Graham.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.