Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Batu Sumpah Keningau Bakal Diwarta Tapak Warisan Negara – Nazri Aziz

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): — Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan pewartaan Batu Sumpah Keningau sebagai Objek Warisan di bawah Seksyen 49 Akta Warisan Kebangsaan Malaysia 2005.nazri lawat batu sumpah - 1

“Batu Sumpah ini sememangnya mempunyai kepentingan sejarah Malaysia. Maka, wajarlah ia diwartakan. Hari ini, kita akan memulakan proses menjadikan Batu Sumpah sebagai warisan negara,” katanya kepada wartawan selepas mendengar taklimat mengenai Batu Sumpah Keningau di Pejabat Urus Setia Daerah  di sini, pada 12 Febuari 2016 lepas.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia itu berkata, cadangan itu diambil berdasarkan kepentingan ke atas sejarah Sabah terutamanya dalam menyertai pembantukan Malaysia.

Batu Sumpah Keningau merupakan monument bersejarah yang didirikan sekitar 1960-an, susulan perjanjian Parti Pasok Momogun dengan kerajaan Persekutuan untuk menghormati hak kebebasan beragama dan adat istiadat masyarakat peribumi Sabah.

“Ia juga sebagai  tanda kesetiaan rakyat peribumi Sabah kepada kerajaan Persekutuan,” jelas Mohamed Nazri.nazri - 3

Menteri itu berkata, kerajaan negeri melalui Jabatan Muzium Sabah telah bersetuju dengan cadangan itu di bawah Enakmen Warisan Budaya (Pemuliharaan 1997) Negeri Sabah.

“Oleh itu, kita sangat mengharapkan sokongan dan kerjasama daripada pihak kerajaan negeri dalam usaha melindungi objek itu (Batu Sumpah Keningau), bangunan dan tapak warisan itu kelak,” katanya.

Mohamed Nazri berkata, kementerian melalui Jabatan Warisan Negara akan memberi khidmat nasihat dalam aspek pemuliharaan serta perlindungan terhadap Batu Sumpah Keningau itu terutama semasa usaha pemindahan termasuk penyediaan teks plak Batu Sumpah Keningau.

Sebelum ini, Pejabat Daerah Keningau telah bersetuju untuk memindahkan Batu Sumpah Keningau itu ke tapak baharu di tanah milik kerajaan berhampiran Muzium Warisan Keningau.

Pemindahan ke lokasi Baharu itu bertujuan memudahkan orang ramai dan pelancong mengunjungi Batu Sumpah Keningau, sekali gus menjadikannya antara produk pelancongan utama di daerah itu.

Menteri itu berkata pihaknya akan memastikan proses pemindahan Batu Sumpah ke tempat baharu dapat dilaksanakan secepat mungkin.

“Peruntukan sebanyak RM15 juta untuk membina semua kemudahan di lokasi baharu Batu Sumpah Keningau akan diutarakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan untuk tindakan lanjut,” katanya.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

 752 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.