BOLA sepak memerlukan perpaduan, pengorbanan dan semangat setia kawan yang tinggi untuk membentuk satu pasukan yang jitu, demikian jawapan Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson ketika memberi reaksi mengenai perlawanan persahabatan HOD Keningau Fc dengan EXPA Fc.
Walter merupakan pengerusi pasukan HOD Keningau Fc (Pasukan Bola sepak Ketua-Ketua Jabatan, agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan).
“Fokus team (pasukan) kami bukan semata-mata memburu jaringan .. kita menang dan kalah sama-sama .. tetapi dalam masa yang sama kita juga mahu kemenangan,” katanya kepada The Borneo Digest dan menambah, matlamat utama ialah bersatu untuk membentuk satu pasukan yang kuat untuk meredah cabaran sama ada ketika beraksi di padang, juga ketika menunaikan amanah kepada rakyat.

“Contohnya pada hari ini kita berjaya mengumpul sejumlah sumbangan untuk bekas pemain-pemain bolasepak yang sedang uzur,”
“..Dan jauh daripada itu kita dapat menimba pelbagai ilmu daripada rakan-rakan pasukan yang lain,” katanya.
Walter memberitahu, tugas pasukannya tidak terhad tetapi dalam situasi tertentu bersifat memberi kebajikan kepada ahli-ahlinya yang ditimpa musibah.
Perlawanan pershabatan dengan pasukan EXPA Fc (Bekas pemain bolasepak negeri dan Pedalaman Atas) itu merupakan yang kedua bagi HOD Keningau Fc selepas ditubuhkan kira-kira sebulan yang lalu.
Sebelum perlawanan berlangsung di padang Kompleks Sukan Keningau, HOD Keningau Fc menerima sumbangan jessi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tulid Flavia Ng.
Walter menyambut baik sumbangan itu sebagai sokongan ke atas usaha memperkukuhkan hubungan ketua-ketua jabatan, agensi kerajaan negeri dan persekutuan di daerah Keningau.
“Aktiviti seperti ini (sukan bolasepak) satu wadah untuk memperkukuhkan perpaduan .. tahniah saya ucapkan kepada Tuan DO (Pegawai Daerah Keningau),” Sylivia memberitahu The Borneo Digest dalam satu temuramah selepas majlis penyerahan sumbangan itu.