TENOM (Sabah, Malaysia): Presiden KDM Malaysia Datuk Peter Anthony berkata, penolakan perlaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) melibatkan seluruh rakyat Sabah daripada pelbagai lapisan kaum.
“Jangan kita silap bahawa bukan sahaja Kadazandusun, Murut dan Rungus (KDMR) yang menolak PSS tetapi melibatkan seluruh rakyat Sabah,”
“Kita akur .. kita hormati keputusan mereka (rakyat Sabah) .. rakyat kita (Sabah) mempertahankan kedudukan mereka sebagai orang Sabah dan warganegara Malaysia .. kerajaan menghormati aspirasi mereka (rakyat Sabah menolak PSS),” katanya di sini.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Afdal pada Rabu mengumumkan pada Rabu bahawa kerajaan membatalkan perlaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) selepas mendengar suara rakyat Sabah terutama dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.
Shafie dipetik sebagai berkata, sebagai kerajaan yang bertanggngjawab dan berkhidmat kepada rakyat, keputusan tersebut perlu diambil dan akan dimaklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai badan perlaksana PSS yang sebelum ini dicadangkan pada 1 Jun depan.
“Kita menyedari hakikat bahawa itulah keputusan yang telah dilakukan dan disamping itu setelah meneliti apa yang telah berlaku mesyuarat Jemaah menteri pada hari ini, 22 Januari 2020 telah memutuskan supaya Pas Sementara Sabah atau pun PSS dibatalkan setelah melihat dan mendengar suara rakyat yang ada di peringkat bukan sahaja PRK Kimanis bahkan juga rakyat keseluruhannya,” umum Shafie dalam satu persidengan berita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah menteri pada Rabu (22 Januari 2020).
Peter yang merupakan Ahli Dewan Negeri bagi kawasan Melalap berkata, pembatalan perlaksanaan PSS itu merupakan satu tindakan berani yang membuktikan kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Afdal benar-benar ikhlas terhadap rakyat di negeri ini.
“Saya tidak fikir ada pihak lain yang mampu melakukan apa yang kerajaan sekarang lakukan untuk rakyat,” katanya.