Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Daesh mengaku bertanggungjawab serangan bom di Iran

0

DUBAI: Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab atas dua letupan di Iran yang mengorbankan hampir 100 orang dan mencederakan ramai lagi pada upacara peringatan kepada komander tertinggi Qassem Soleimani.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di saluran Telegram sekutunya, kumpulan itu berkata, dua anggota Daesh meletupkan tali pinggang dengan bahan letupan di khalayak umum yang berkumpul di tanah perkuburan di bandar Kerman, tenggara Iran ketika ulang tahun keempat kematian Qassem Rabu lalu.

Di Washington, jurucakap White House, John Kirby memberitahu pemberita  Amerika Syarikat (AS) tidak meragui dakwaan Daesh bahawa ia bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Tehran sebelum ini menyalahkan kes letupan itu sebagai serangan pengganas dan berikrar membalas dendam atas serangan paling berdarah sejak Revolusi Islam 1979.

Naib Presiden Pertama Iran, Mohammad Mokhber berkata, letupan berkembar itu turut mencederakan 284 orang termasuk wanita dan kanak-kanak.

“Mereka akan menerima tindak balas yang sangat hebat daripada tentera Qassem Soleimani,” katanya kepada pemberita di Kerman.-REUTERS

 

 45 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.