PEMBANTU Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin memuji kesabaran dan kecekalan petugas barisan hadapan memerangi pandemic Covid-19.
“Saya terharu dan memuji didikasi mereka (barisan hadapan),” Katanya ketika ditemui di Pos Sekatan Jalan Raya (SJR) Kampung Bariawa dan Jalan Patikang Keningau di sini.
Robert berada di situ pada hari ketiga perlaksanaan Perintah Kawalan Ketat (Total Lockdown) untuk mengagihkan bantuan minuman dan makanan kepada petugas di dua SJR di situ.
Katanya, sumbangan yang diberikan itu sebagai tanda sokongan dan penghargaan beliau kepada semua petugas barisan hadapan yang begitu bersabar dan gigih menunaikan tanggungjawab tanpa mengira siang untuk memastikan keselamatan rakyat terjamin.
Robert yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor menasihati rakyat di daerah itu supaya memberi kerjasama dengan sentiasa mematuhi Standard Operating Procedure (SOP),selain menyokong usaha kerajaan untuk memerangi habis-habisan pandemic itu.
639 total views, 1 views today