Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Petugas KKM profesional – Hj. Yazid

0

TIMBALAN Presiden Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Etnik Kujau Gana Nabai Sabah (KGNS)  Yazid Hj. Mohd Hasnan Tawik @ Charles berkata, petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengendalikan pengurusan vaksinasi cukup professional.

“Mereka beretika, mesra, berdisplin dan memberi layanan yang sangat baik kepada orang awam sepanjang proses pemberian vaksin,” Katanya The Borneo Digest.

Yazid menerima dos pertama di Hospital Besar Keningau pada Khamis.

Mengenai proses vaksinasi, Yazid berkata, kerajaan perlu mencari kaedah terbaik untuk mempercepatkan pemberian vaksin di negeri ini.

“Rakyat perlu menerima dos itu dengan segera,” Katanya dan menambah, kerajaan perlu melalui agensinya KKM mencari kaedah bijak supaya semua rakyat menerima vaksin itu tanpa halangan.

Beliau bersetuju dengan cadangan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mencadangkan kepada kerajaan pusat supaya membenarkan Sabah bergerak bersama pihak swasta menjalankan program vaksinasi kepada rakyatnya.

Yazik berkata, ada keperluan yang mendesak bagi KKM turun ke lapangan khususnya di kampung-kampung untuk mendekati rakyat terutamanya warga emas yang masih ramai belum mendapat dos itu.

“Ini penting kerana pendftaran melalui mysejahtera didapati masih rendah,”.

“… Mereka yang telah mendaftar dengan mysejahtera juga masih ramai yang belum diberikan jadual,” Katanya, dan berkata, sepatutnya mereka yang telah mendaftar melalui aplikasi itu (mysejahtera) diberikan keutamaan.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memutuskan rantaian pandemic Covid-19 untuk menyelamatkan nyawa rakyat.

 

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.