
MASJID dan surau yang kesemuanya berjumlah 18 buah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor menerima sumbangan kewangan untuk membiayai program sepanjang bulan Ramadhan daripada Wakil Rakyat Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin.
Robert yang merupakan Pembantu Menteri Kerja Raya memberitahu, sumbangan yang beliau lakukan setiap tahun itu sebagai sokongan perlaksanaan aktiviti yang dijalankan oleh pengurusan masjid dan surau sepanjang bulan Ramadhan.
Masjid dan Surau yang menerimanya adalah Masjid Ar Raudah Mengitom, Masjid Nur Islam Kg Binaong, Masjid Riyadhus Solihin Merampong, Masjid Al Malik Baginda, Surau Lambanga,
Masjid Nur Hidayah Bingkor, Surau kg. Tagai, Surau Bunga Raya, Masjid Al Huda, Kg. Kirokot Baru, Surau Sandapak, Surau Tuarid Taud, Masjid Ar Rasyid Kota Ayangan, Surau Kilambang, Surau Bandukan Baru, Masjid Ukhuwah Apin Apin, Surau Alml Hedayah Tohan Baru, Masjid Ar Rahim Pekan Keningau dan Masjid At Taqwa Daerah Keningau.
“Dengan adanya sumbangan ini dapatlah meringankan bebanan jawatankuasa Masjid dan Surau untuk melaksanakn program sempena dengan bulan Ramadan dengan norma baharu di musim pandemik COVID-19 ini” jelas Robert.
Robert meminta semua jawatankuasa Masjid dan Surau mematuhi SOP PKPB yang telah ditetapkan oleh kerajaan, selain petugas yang terlibat sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.
Beliau juga mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh penganut Islam di kawasan itu..
Hadir di majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Wakil Rakyat Bingkor itu ialah Hj. Yazid Hj.Mohd Hasnan Tawik @ Charles; Ketua Biro Agama DUN Bingkor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor.