Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Budak lelaki lahir tanpa zakar

0

TEHERAN: Seorang kanak-kanak lelaki di Iran dilahirkan tanpa zakar, yang sangat jarang berlaku dengan kebarangkalian satu dalam 30 juta kes kelahiran.

Sebagai gantinya, sekumpulan pakar bedah bercadang membentuk alat sulit wanita bagi kanak-kanak berkenaan.

Lapor Daily Mail, budak lelaki itu menghidap kondisi aphallia, yang dianggap sangat jarang dan hanya berlaku satu dalam 30 juta kes kelahiran.

Setakat ini, kurang daripada 100 kes seperti itu direkodkan dalam jurnal perubatan.

Kes itu diterbitkan dalam jurnal Radiology Case Report ketika budak lelaki itu berusia 14 bulan.

Dilaporkan, kanak-kanak lelaki itu masih mempunyai skrotum dan dua buah zakar (testis).

Kanak-kanak itu membuang air kecil melalui duburnya akibat kecacatan luar biasa yang dialaminya.

Aphallia berlaku apabila alat kemaluan gagal tumbuh secara normal dalam rahim semasa beberapa bulan pertama kehamilan.

Sementara itu, pakar perubatan yang melaporkan kes itu memaklumkan kanak-kanak lelaki itu dilahirkan secara normal dalam keadaan baik.

Malah, ibu kanak-kanak itu juga tidak mengalami sebarang masalah semasa kehamilannya.

Jelas doktor, pihaknya menjalankan beberapa ujian saringan khas beberapa bulan selepas kanak-kanak itu dilahirkan bagi mengetahui bagaimana sistem urinarinya berfungsi.

Hasil laporan mendedahkan terdapat sambungan fistula yang tidak normal antara pundi kencing dan rektrum kanak-kanak itu.

 

 109 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.