Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Dr. Jeffrey nasihatkan warga emas supaya tidak takut disuntik vaksin

0

DATUK Seri Dr. Jeffrey Kitingan menasihatkan orang ramai dikalangan warga emas di negeri ini khususnya di kawasan pedalaman supaya tidak terpengaruh dengan khabar angin yang memberi gambaran negatif mengenai proses vaksinasi sehingga menimbulkan pelbagai keraguan dan ketakutan.

Katanya, suntikan dos vaksin itu diakui selamat dan beliau sendiri telah memperolehi suntikan dos itu.

Menjawab satu soalan The Borneo Digest, Timbalan Ketua Menteri Sabah itu menjawab;

“Warga emas di luar sana jangan takut, sebab saya pun warga emas juga .. dan saya telah disuntikan dan tengok saya boleh naik Gunung Kinabalu lagi,” Katanya.

“..Saya nasihatkan semua warga emas mendapat suntikan ini, tetapi terlebih dahulu perlu mendaftar,” Katanya kepada media ketika ditemui selepas melakukan lawatan ke Pusat Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 Zon Pedalaman Sabah di sini pada Ahad.

Turut mengiringi Jeffrey dalam lawatan itu ialah Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik @ Nordin, Wakil Rakyat Liawan Datuk Anuar Banan Datuk Annuar Ayub @ Banan, Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson, Pegawai Kesihatan Daerah Keningau Dr. Norhaizam bin Ahmad @ Narawi. — Oleh: EKOK AMIN

 

 474 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.