Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pematuhan SOP di Keningau memuaskan – Dr. Norhaizam

0

PEMATUHAN Standard Operating Procedure (SOP) sepanjang sekatan pergerakan penuh (Total Lockdown) di daerah Keningau sangat memuaskan, kata Pegawai Kesihatan Kawasan Keningau Dr. Norhaizam bin Ahmad @ Narawi.

“Masyarakat memberi kerjasama yang sangat baik .. tidak ada besar-besaran yang berlaku walau pun musim perayaan,”

“Nampak jelas kes di Keningau ini sangat stabil dan masih lagi satu digit, dan kita harapkan akan menjadi sifar dalam sedikit masa lagi,” Katanya kepada media ketika ditemui di Pusat Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 Zon Pedalaman Sabah di Keningau pada Ahad.

Norhaizam berkata, Hotline Ingkar SOP Covid-19 Daerah Keningau baru-baru ini banyak membantu mengurangkan penularan pandemik itu.

Hotline Aduan itu dilancarkan oleh Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson dan yang pertama seumpamanya dilaksanakan di kawasan pedalaman Sabah. – Oleh: ROSANNA EDEZA

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.