Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Dulu penyambut tetamu, kini heroin

Tidak ada manusia mampu menjangka rencana Tuhan

0

BEBERAPA tahun lalu, dia hanyalah seorang penyambut tetamu di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan mempunyai baki 2 pound (RM11) di dalam akaun bank.

Namun kini, Lashana Lynch adalah watak heroin yang menghiasi filem-filem besar tahun ini, lapor The Sun.

Wanita berusia 33 tahun yang tinggal di London itu masih tidak percaya sehingga hari ini, nasib dirinya berubah begitu drastik, ibarat ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu’.

“Saya tahu sejak kecil, saya akan menjadi seseorang yang ‘istimewa’,” katanya.

Lynch dilahirkan di Hammersmith, West London dan bapanya, Clifford adalah seorang pekerja sosial manakala ibunya, Sonia, merupakan pembantu rumah.

Ibu bapanya berpisah semasa dia masih kanak-kanak dan Lynch pernah tinggal bersama neneknya.

Dia pernah belajar di Sekolah Teater Sylvia Young dan menyambung pengajian ijazah di Arts Educational School.

Lynch memegang watak pengintip Nomi menerusi siri filem terbaharu James Bond yang ditayangkan kelmarin, No Time To Die.

Lima tahun lalu, dia hanya memegang watak sampi­ngan dalam drama Doctors dan mula memegang watak utama dalam filem Maria Rambeau, 2019.

Selain itu, dia pernah membintangi filem muzikal, Ma­tilda dan The Woman King.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.