ENGLAND mengastai seteru terdekatnya Perancis untuk berada di kedudukan ketiga ranking dunia yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Belgium dan Brazil mengekalkan kedudukan pertama dan kedua manakala England membuat penampilan pertama di kedudukanpodium dalam tempoh sembilan tahun selepas dua kemenangan dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022.
Perancis yang terikat dengan dua keputusan seri dalam saingan itu berada di kedudukan keempat.
Juara mEropah, Itali berada di kedudukan kelima manakala juara Copa America, Argentina di kedudukan keenam.-AFP