MANILA: Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr, berkata negaranya akan bekerjasama dengan China walaupun ketegangan meningkat, tetapi akan menghentikan kerjasama itu jika kedaulatan, hak kedaulatan dan bidang kuasanya di Laut China Selatan diabaikan.
Hubungan antara negara jiran Filipina dan China semakin renggang sejak Marcos memegang jawatan pada 2022, dengan pertikaian sering berlaku membabitkan pertikaikan di Laut China Selatan.
Pada masa yang sama, Manila menjalin hubungan pertahanan yang lebih erat dengan sekutu tenteranya, Amerika Syarikat (AS).
Bercakap di forum Lowy Institute semasa lawatan ke Australia, Marcos, menegaskan terlalu banyak tekanan diberikan kepada persaingan kuasa besar antara AS dan China, dengan mengorbankan kepentingan maritim sah negara lain di rantau ini.
“Ia mengalihkan perhatian kami daripada menyeru tindakan agresif, unilateral, menyalahi undang-undang dari apa yang mereka lakukan iaitu serangan terhadap kedaulatan undang-undang antarabangsa dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya.
Bermula daripada pendirian pro-China pendahulunya, Marcos menuduh China melakukan tindakan agresif di zon ekonomi eksklusif Filipina, termasuk penggunaan meriam air dan taktik perlanggaran untuk menghalau kapal Filipina di kawasan yang Beijing anggap sebagai wilayahnya.
Di bawah Marcos, Filipina telah hampir menggandakan bilangan pangkalannya yang boleh diakses oleh tentera AS, termasuk tiga tapak baharu yang berhadapan dengan Taiwan, tindakan yang dilihat China sebagai provokasi.
Latihan ketenteraan AS-Filipina kerap dilakukan selama beberapa dekad, tetapi gerakan itu telah diperluaskan baru-baru ini untuk memasukkan rondaan udara dan laut bersama di Laut China Selatan dan berhampiran dengan Taiwan, tindakan yang China anggap sebagai provokasi dan mencetuskan masalah.
China menuntut kedaulatan ke atas sebahagian besar Laut China Selatan, menuduh Filipina berulang kali menceroboh wilayahnya, sambil menggesa dialog untuk mengelakkan kemalangan.
“Ada pihak yang kadangkala mewajarkan provokasi sebegitu dengan alasan geopolitik dan menyalahgunakan remedi yang digunakan oleh mereka yang terkilan sebagai taktik semata-mata dalam permainan strategik yang hebat ini,” kata Marcos yang adalah anak kepada mendiang bekas pemimpin Filipina, Ferdinand Marcos selama beberapa dekad sehingga kejatuhannya pada tahun 1986.
“Dasar luar negara kami yang bebas memaksa kami untuk bekerjasama dengan mereka dalam perkara-perkara di mana kepentingan kami sejajar, untuk tidak bersetuju dengan hormat dalam bidang yang pandangan kami berbeza, dan (berhak) menolak apabila prinsip bersumpah kami seperti kedaulatan kami, hak kedaulatan kami, dan bidang kuasa kami dipertikaikan atau diabaikan,” katanya. – REUTERS