Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Fosil paus purba berusia 36 juta tahun dipamerkan kepada umum

0

KUMPULAN paleontologi semalam mendedahkan sebahagian fosil ikan paus purba yang dianggarkan mendiami lautan sejak 36 juta lalu, selepas ia ditemukan di kawasan gurun Peru pada tahun lalu.

Ahli paleontologi, Mario Urbina berkata, fosil itu terdiri daripada set lengkap tengkorak basilosaurus yang hidup 36 juta tahun lalu.

Katanya, fosil paus berkenaan ditemukan pada penghujung tahun lalu di Gurun Ocucaje, kira-kira 350 kilometer ke selatan Lima.

Jelas beliau, kawasan gurun tersebut merupakan lautan cetek yang terbentuk jutaan tahun lalu.

Fosil yang digelar ‘Ocucaje Predator’ itu mempunyai panjang berukuran 17 meter dan dipercayai menjadikan yuna, jerung dan sardin sebagai diet utamanya.

“Penemuan ini amat penting kerana tiada spesimen serupa dengannya ditemukan di tempat lain di seluruh dunia,” kata Urbina yang merupakan pengkaji di Universiti Kebangsaan San Marcos di Lima.

 693 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.