Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ganjar sedia tanding jawatan presiden Indonesia

0

JAKARTA: Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo memaklumkan sedia bertanding merebut jawatan nombor satu negara dalam Pilihan Raya Presiden Indonesia 2024 (Pilpres) sekiranya dicalonkan oleh parti politik.

Beliau bakal menyertai Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto dan bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan dalam merebut jawatan presiden bagi penggal akan datang.

Ganjar dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) menyatakan kesediaannya untuk bertanding jawatan presiden dalam satu wawancara dengan media BeritaSatu.

Dalam wawancara itu, Ganjar ditanya sama ada beliau bersedia untuk bertanding dan beliau memaklumkan:` Saya sudah sedia untuk bangsa dan negara.”

Sebelum ini, beberapa tinjauan pendapat dijalankan menyenaraikan Ganjar sebagai antara calon popular berpotensi selain Prabowo dan Anies.

Bagaimanapun, Parti PDI-P masih belum mengisytiharkan calon pilihan presidennya.

Sebaliknya, parti politik lain seperti Parti Persatuan Pembangunan (PPP), Parti Amanat Nasional (PAN) dan Parti Solidariti Indonesia (PSI) menyokong Ganjar sebagai calon pilihan mereka sekiranya beliau memutuskan untuk bertanding dalam Pilpres 2024.

Prabowo menjadi ahli politik yang pertama mengesahkan pencalonannya untuk bertanding dalam Pilpres 2024 apabila beliau membuat pengumuman itu dalam mesyuarat parti Gerinda pada Ogos lalu.

Beliau menerima sokongan meluas daripada parti Gerinda dan Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) yang kedua-duanya mempunyai lebih 20 peratus kerusi di Parlimen. – AGENSI

 

 86 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.