SEORANG wanita di Rusia dijatuhi hukuman penjara selama 15 tahun kerana membakar anak lelakinya hidup-hidup sehingga maut.
Lapor Daily Mail, Anastasia Baulina, 32, melakukan perbuatan itu kerana berasa marah dengan Andrey, 8, yang mendedahkan kepada bapa tirinya mengenai hubungan sulitnya.
Wanita dari wilayah Kursk berhampiran sempadan Ukraine itu mengaku menyimbah petrol ke atas anaknya sebelum membakar mangsa menggunakan mancis.
Baulina cuba meyakinkan mahkamah bahawa dia hanya mahu menghukum Andrey dan tidak berniat membunuhnya.
Malah katanya, dia juga telah memadamkan api dengan salji.
Namun, hakim menolak setelah anak perempuan tertuduh, Natalya, 12, memaklumkan bapa tirinya, Pavel, 35, yang memadamkan api tersebut.
Menurut Natalya, wanita itu menyimbah petrol ke atas Andrey sebelum memberitahu mangsa: “Mari kita melihat bagaimana orang-orang sawah terbakar”.
Dalam satu demo dirakam polis, Baulina dengan menggunakan patung menunjukkan bagaimana dia menyimbah petrol ke atas kepala Andrey.
“Dia kemudian cuba menyalakan api menggunakan tiga mancis yang semuanya terpadam, sebelum keempat berjaya dan dilemparkan terhadap baju mangsa,” jelas laporan itu.
Baulina disabitkan atas kesalahan membunuh dan dijatuhi hukuman penjara 15 tahun. – AGENSI
403 total views, 1 views today