Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Timbunan tulang manusia ditemukan dalam gua kuno

0

SEJUMLAH besar tulang manusia dan haiwan ditemukan dalam sebuah gua di Arab Saudi.

Lapor The Sun, timbunan tulang itu ditemukan di sebuah terowong bawah tanah besar yang dikenali sebagai Umm Jirsan.

Pasukan penyelidik percaya timbunan tulang itu dikumpulkan oleh haiwan karnivor, dubuk sejak 7,000 tahun lalu.

Gua Umm Jirsan seluas 64.37 kilometer (km) di bawah permukaan tanah, terbentuk daripada aliran lava.

Berdasarkan Live Science, gua itu menjadi habitat dubuk selama ribuan tahun.

Pasukan penyelidik yang meneroka gua itu menerbitkan artikel mengenai penemuan mereka dalam jurnal Archaeological and Anthropological Sciences.

“Saiz dan komposisi timbunan tulang selain sisa rangka dubuk serta fosil menunjukkan ia dikumpulkan oleh dubuk belang,” jelas penyelidik itu.

Kumpulan penyelidik mengkaji sebanyak 1,900 tulang ditemukan dalam gua tersebut.

Daripada jumlah itu, lebih 40 dikenal pasti termasuk dua serpihan tengkorak manusia.

Tulang haiwan lain termasuk unta, anjing, keldai dan kambing turut ditemukan.

Pengarang kajian utama, Matthew Stewart memberitahu Live Science, tulang itu dipercayai dikumpulkan oleh dubuk belang di gua Umm Jirsan. – AGENSI

 

 

 

 

 475 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.