Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Gereja St Francis Xavier Keningau Dicoroboh

0

GEREJA Katedral St. Francis Xavier dicoroboh seorang individu yang tidak dikenali seawal jam 7.30 pagi pada Khamis.

Menurut laman Facebook Diocese of Keningau, kejadian mengejutkan itu berlaku selepas misa pagi umat Keristian gereja itu.

“Seorang individu tidak dikenali memasuki kawasan gereja dan merosakkan patung serta salib gereja,” catat pengurus laman geraja itu.

Ketua Polis Keningau Deputi Superintendan Polis (DSP) Nor Rafidah Kassim ketika dihubungi The Borneo Digest menerusi aplikasi whatsapp mengesahkan pengurusan gereja telah membuat laporan polis berhhubung dengan kejadian itu,  dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi petang ini.

Pengurusan gereja meminta orang awam supaya bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi sementara menunggu siasatan polis.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.