Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Lelaki tempatan ditahan bantu siasatan coroboh gereja St. Francis Keningau

0

Oleh DG HENRY

Keadaan bahagian dalam gereja selepas dicoroboh

SEORANG lelaki tempatan diberkas untuk membantu siasatan pencorobohan Gereja Katedral Saint Francis Xavier Keningau.

Ketua Polis Keningau Deputi Superintendent Polis (DSP) Nor Rafidah Kasim memberitahu dalam satu kenyataan, lelaki warga tempatan itu berumur 34 tahun dan didapati tidak siuman.

“Hasil ujian air kencing ke atas saspek negative,” katanya dan memberitahu saspek dan rampasan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Keningau untuk siasatan lanjut.

Pengurusan geraja membuat lamporan polis mengenai pencorobohan  itu kira-kira jam 10.01 pagi.

Menurut fakta kes, kira-kira jam 7.30 pagi, seorang individu yang tidak dikenali memasuki ruang hadapan gereja itu dan merosakkan sebanyak dua patung (statue) kiri dan kanan serta salib besar dijatuhkan.

Siasatan awal polis mendapati gereja dalam keadaan berpagar tetapi pintu geraja dan pintu pagar tidak berkunci.

“Pemeriksaan terhadap sistem CCTV gereja didapati tidak berfungsi,” jelas Nor Rafidah, dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap gambar dan rakaman yang tular di media sosial yang akan menganggu siasatan polis.

Kes pencorobohan itu menerbitkan keresahan rata-rata penduduk daerah Keningau khususnya penganut agama Kristian.

Diocese of Keningau melalui laman Facebook meminta seluruh penganut agama itu supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi negatif.

 

 6,103 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.