Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

HOD Keningau Fc berentap EXPA Pc hari ini di Keningau

Perlawanan persahabatan untuk menghargai jasa tiga orang bekas pemain Sabah dan Pedalaman Atas yang sedang uzur

0

JULUNG kali di pedalaman, KELAB Bolasepak HOD KENINGAU Fc bersemuka dengan EXPA Fc dalam satu perlawanan amal, hari ini (Jumaat) jam 6 petang  di padang Kompleks Sukan Keningau.

HOD KENINGAU Fc ialah Kelab bolasepak Ketua-Ketua Jabatan, agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, sementara EXPA Fc adalah bekas Pemain Bolasepak Sabah dan Pedalaman Atas.

HOD Keningau ditubuhkan pada 12 Oktober lalu yang digaraf sebegitu rupa sebagai katalis menyatupadukan ketua-ketua jabatan kerajaan, agensi negeri dan persekutuan dalam satu wadah di Keningau (Sabah, Malaysia).

Sebelum ini HOD Keningau bertemu dengan Kelab Bolasepak Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah.

“Aktiviti malam ini adalah perlawanan persahabatan yang kedua dan sangat menarik kerana dicipta untuk tujuan amal,”.

“Perlawanan persahabatan ini lebih kepada menghargai jasa tiga orang bekas pemain bolasepak Sabah dan Pedalaman Atas yang sedang uzur,”.

“Paulis Jimit (Bekas pemain Sabah dan Pedlaman Atas), Jalues Arurung dan Umbak @ Rusli Insu,”.

“HOD Keningau berjaya mengumpul sejumlah sumbangan ikhlas kepada ketiga-tiga bekas pemain ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Borneo Digest.

Walter yang merupakan Pegawai Daerah Keningau berkata, pertemuan denga EXPA Fc  bukan memburu kemenangan tetapi lebih kepada perlawanan persahabatan untuk amal, sesuai dengan konsep ‘mesra rakyat’ yang menjadi teras penubuhan HOD Keningau.

“Bertemu dengan pemain-pemain berpengalaman seperti EXPA Fc tidak semuda yang diramal .. tetapi HOD Keningau mampu memberi kejutan besar,”.

“HOD Keningau sudah bersedia untuk turun padang untuk mengalas satu harapan yang sangat menarik dan menghibur,” katanya.

Walter mengajak peminat bolasepak di daerah Keningau untuk menyaksikan perlawanan persahabatan yang akan bermula jam 6 petang ini (Jumaat).

“Peminat bolasepak Keningau boleh menyaksikan kami beraksi di padang sambil berhibur,” katanya dan menambah kehadiran penonton dialu-alukan sebagai sokongan kepada ketiga-tiga bekas pemain yang pernah mengharumkan negeri dan daerah pedalaman di persada bolasepak negara. – Oleh: DG HENRY dan EKOK AMIN

 

 

 

 766 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.