Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

HOD Keningau Fc sedia berentap dengan  Sinurambi United

0
Pengerusi HOD Keningau Fc Walter Kenson memberi motivasi kepada pemain-pemain pasukannya sebelum bertemu dengan Sinurambi United pada Jumaat ini

PEMAIN  HOD Keningau Fc yang beraksi dalam perlawanan persahabatan dengan Sinurambi United sedang mempertingkatkan latihan di padang Sekolah SMK Keningau 2.

Ketua Jurulatih HOD Keningau Fc Ali Ismail dalam satu nota ringkas kepada Sukan The Borneo Digest memberitahu, pertemuan kedua-dua pasukan itu sangat menarik dan mencabar.

“Walaupun ia bersifat persahabatan tetapi kami mempersembahkan cabaran,”.

“HOD Keningau Fc sudah bersedia menanti tetamu di padang Kompleks Sukan Keningau,” katanya.

Pasukan HOD Keningau Fc ditubuhkan pada sebulan yang lalu yang diterajui oleh Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson.

Walter dalam amanat akhir latihan pada Rabu meminta pasukan bersedia  mengalas cabaran sekurang-kurangnya seri kepada pasukan pelawat. – Oleh: EKOK AMIN dan FIDELIS BOYONGO

 

 321 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.