Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Generasi muda sandaran masa depan – Elron

0

MENTERI Belia dan Sukan SabahDatuk Elron Angin berkata, kira-kira 3.3 juta penduduk di Sabah terdiri daripada golongan belia dan faktor geografi negeri itu antara punca menyukarkan gerak kerja pembangunan belia selain sumber kewangan yang terhad.

Katanya, menerusi pengagihan pelbagai program memudahkan pegawai  belia dan sukan negeri untuk mendekati golongan belia yang berada jauh di kawasan pedalaman.

“Ini bagi memasti tidak ada golonganbelia yang akan tercicir dalam arus pembangunan modal  insan dan fizikal bagi memastikan mereka turut mendapat menafaat daripada belanjawan negara yang dibentangkan baru-baru ini,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perundingan Belia Negara peringkat negeri Sabah di Kota Kinabalu pada Khamis.

Elron berkata, Sabah mempunyai keluasan 69,993 Km persegi dengan 6 bahagian serta 27 buah daerah penuh selain 11 daerah kecil dan mempunyai taburan penduduk yang tidak sekata.

Ahi Dewan Undangan Negeri (Adun) Sook itu berkata, kerajaan tidak lagi memandang generasi muda sebagai sandaran dan warisan masa depan tetapi turut bersama dalam kepimpinan negara pada hari dalam agenda pembangunan, keharmonian dan peraduan negara.

“Ramai belia pada hari ini yang berpendidikan tinggi dalam pelbagai jurusan dan lapanganm namun usaha untuk membina belia yang cemerlang bukanlah satu perkara yang mudah,”.

“Ia memerlukan iltizam yang tinggi dari semua pihak terutamanya kepada para pemimpin dan organisasi belia,” Katanya.

Menteri itu berkata bahawa generasi belia hari ini haruslah mengubah persepsi masyarakat yang berpandangan negativf terhadap belia yang sering dikaitkan dengan masalah sosial.

Katanya, pemimpin-pemimpin belia perlu memainkan peranan agar tanggapan dan kepercayaan masyarakat terhadap golongan belia kembali tinggi dan positif.

“Golongan belia bukan lagi hanya menjadi pemerhati setia atau pengikut tanpa deria tetapi diberi hak dan peranan dalam proses pembangunan negara,” katanya dan menambah, kerajaan sentiasa memberi peluang dan keutamaan kepada golongan itu.

Hadir sama di majlis itu ialah Datuk Dr. Hajjah Wasitah Binti Hj. Mohd. Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Setiausaha Tetp Kementerian Belia dan Sukan Sabah Mansur Bin Asun, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah Apui Jan, Presiden Majlis Belia Sabah Ahmad Farid Bin Sainuri serta pimpinan Majlis Perundingan Belia Negeri Sabah.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.