Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Hotel angkasa lepas pertama dunia dibuka 2027

0

HOTEL angkasa lepas pertama di dunia dilaporkan bakal dibuka kepada pengunjung pada tahun 2027.

Lapor Daily Star, rancangan pembinaan hotel itu sudah bermula kira-kira tiga tahun lalu.

Menurut Gateway Foundation, hotel yang berbentuk lingkaran besar dan berputar itu akan terapung di atas atmosfera bumi.

Pada mulanya, projek itu dikenali sebagai Stesen Von Braun.

Ia terdiri daripada 24 modul yang disambungkan dengan aci lif bagi membentuk roda berputar agar dapat menghasilkan graviti buatan ke arah bahagian tepi.

Sejak itu, hotel futuristik itu dinamakan Voyager Station dan dibangunkan oleh syarikat pembinaan, Orbital Assembly Corporation.

Menurut syarikat pembinaan itu, pihaknya merancang untuk melancarkan hotel itu dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Beberapa aktiviti rekreasi dan permainan berlainan akan turut diadakan.

“Malah, anda boleh melakukan perkara yang tidak boleh dilakukan di bumi,” kata arkitek kanan Gateway Foundation, Tim Alatorre.

 

 

 55 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.