Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Institut Koperasi Malaysia meterai MoU dengan Jordan Cooperative Corporation

0

DEAD SEA, JORDAN: Institut Koperasi Malaysia (IKMA) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jordan Cooperative Corporation (JCC), sempena Persidangan Menteri-Menteri Koperasi Asia Pacific (APCMC) ke-11, di sini, semalam.

MoU tersebut terkait dengan kerjasam teknikal dan saintifik dalam bidang koperasi merangkumi latihan dan pendidikan, penyelidikan dan penerbitan, pertukaran maklumat dan kepakaran serta program-program konsultansi.

Majlis menandatangani MoU disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Menteri Pertanian Jordan yang juga merupakan Pengerusi JCC Khaled Al-Huneifat.

IKMA diwakili oleh Ketua Pengarah Datuk Mohd Ali Mansor, manakala JCC pula diwakili oleh Ketua Pengarah Abdelfattah Shalabi.

Terdahulu Ewon mengadakan pertemuan dengan Khaled bagi membincangkan kerjasama dua hala dalam pembangunan koperasi dan keusahawanan.

Ewon turut menyampaikan kenyataan menteri pada hari kedua persidangan tersebut dan mengambil bahagian dalam penyediaan Deklarasi Bersama APCMC ke-11.

Deklarasi Bersama tersebut akan diterima pakai semasa sambutan Hari Koperasi Sedunia pada Sabtu pertama bulan Julai tahun ini.

Ewon berkata antara yang beliau sampaikan dalam kenyataan menteri ialah prestasi gerakan koperasi Malaysia dan cadangan hala tuju kerjasama antara koperasi-koperasi di peringkat antarabangsa.

“Saya berbangga beberapa negara menjadikan Malaysia sebagai contoh dalam tadbir urus dan pembangunan gerakan koperasi.

“Persidangan ini telah memberi manfaat besar kepada negara-negara peserta termasuk Malaysia yang telah memeterai perjanjian antara IKMa dan JCC,” katanya.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.