Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jalan gravel hubungkan kampung dinaiktaraf dalam tempoh dua tahun – Peter

0

TENOM( Sabah, Malaysia): Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah mensasarkan dalam tempoh dua tahun ini kesemua akses jalanraya gravel yang menghubungkan kampung-kampung di negeri ini dinaiktaraf.

Sebahagian besar akses jalan kampung di kawasan pedalaman Sabah masih tanah merah yang menjadi punca penduduk tidak dapat membawa keluar hasil tani mereka untuk dipasarkan

Menterinya Datuk Peter Anthony berkata, ini adalah hasrat murni kerajaan untuk mengatasi masalah jalan-jalan kampung yang masih belum diturap.

Sungguhpun begitu katanya, Kementerian menghadapi masalah untuk menyalurkan peruntukan disebabkan kebanyakan jalan-jalan kampung yang ada pada ketika  ini kebanyakannya bukan dibawah jagaan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Penduduk bergotong royong membina jambatan kayu

“Apa yang sedang berlaku sekarang ialah kebanyakan  jalan-jalan kampung di  bawah jagaan Majlis Daerah, Pejabat Daerah dan terdapat jalan-jalan kampung persendirian yang tidak boleh dinaiktaraf melalui peruntukan kementerian,”

“Saya mahu akses ini perlu diserahkan kepada JKR terlebih dahulu bagi memboleh rancangan untuk menaiktaraf dapat dilaksanakan,” katanya.

Peter yang merupakan Ahli Dewan Negeri bagi kawasan Melalap mahu supaya pihak berkuasa kampung khususnya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) agar proaktif terhadap tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan memastikan kesemua akses jalan yang menghubungkan kampung di kawasan masing-masing yang masih dibawah seliaan Majlis Daerah, Pejabat Daerah dan jalan persendirian harus diserahkan kepada JKR.

“Buat laporan terperinci mengenai jalanraya itu yang lengkap dengan pengesahan pihak berkaitan untuk tujuan penyerahan kepada JKR,” katanya dan memberitahu, hanya selepas itu kementeriannya akan melakukan proses naiktaraf dibawah kendelian kementeriannya.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.