Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kerajaan akui PSS ancaman kepada rakyat Sabah – Yazid

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Pembatalan Pelakasanaan Pas Sementara Sabah ( PSS)  bermakna kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal mengakui bahawa dasar   itu satu  ancaman kepada generasi rakyat Sabah.

Yazid (depan kanan) bersama pemimpin-pemimpin KGNS Bingkor

“Pembatalan itu (PSS) melegakan rakyat,” kata Timbalan Pengerusi Persatuan Kebudayaan Dan Kebajikan Ektnik Kajau, Gana, Nabai Negeri Sabah (KGNS) Yazid  Hj. Mohd Hasnan Tawik dalam satu kenyataan.

Yazid berkata bahawa, kerajaan tidak mungkin akan membatalkan dasar itu (PSS) jika ia benar-benar berkesan untuk menangani kebanjiran warga asing dikalangan Pendatang Tanpa Izin (PTI) di negeri ini.

“Tetapi kini kita tahu bahawa kerajaan juga menyedari bahawa ia tidak baik untuk rakyat negeri ini (Sabah),” tambahnya dan berkata, kesahihan pembatalan itu masih menjadi teka-teki kerana perlu dirujuk kepada kerajaan persekutuan bagi tujuan memuktamadkan.

Katanya, apa yang rakyat harapkan ialah usaha untuk meyakinkan kepada kerajaan pusat bahawa rakyat Sabah tidak bersetuju dan membantah  dasar yang tidak mesra rakyat itu.

“Harapan rakyat Sabah ialah hidup harmoni di tanah tumpah darah mereka tanpa ketakutan,” katanya.

Dalam masa yang sama beliau  berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah  kerana menjadikan isu PSS sebagai sebahagian daripada agenda penting dalam  mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu lepas.

“Rakyat Nampak kepekaan Ketua Menteri Sabah (Shafie) dalam isu ini, dan keputusannya untuk membatalkan sesuatu yang kita perlu hargai,” katanya dan menambah, rakyat sangat mengharap kesungguhan kerajaan untuk mengatasi kebanjiran warga PTI di Sabah.

“Apa yang kerajaan pelu buat ialah menguatkuasakan undang-undang untuk mengusir warga asing yang memasuki negeri ini secara haram,” katanya.

 

 

 1,673 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.