Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Polis Keningau tembak mati penjenayah, selamatkan pelajar tebusan

0

Oleh DG HENRY dan EKOK AMIN

Penjenayah tewas ditangan polis

POLIS  Keningau menembak mati tiga orang penjenayah dan menyelamatkan seorang pelajar tebusan, dalam satu kejadian tembak menembak di sebuah ladang kelapa sawit.

Sambutan ulang tahun kelahiran DSP Nor Fafidah Kasim yang kebetulan pada Hari Polis

Gerakan pantas polis untuk menyelamatkan tebusan hanya mengambil masa kurang 24 jam, membuktikan polis Keningau cekap dan sentiasa bersiap siaga menangani jenayah indeks di daerah itu.

Petikan diatas adalah demontrasi sambutan Hari Polis Ke 215 peringkat Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Keningau sebagai terjemahan kesiapsiagaan anggota polis daerah Keningau yang diterajui oleh Deputi Superintenden Polis (DSP) Nor Rafidah Kasim untuk menangani jenayah di daerah pedalaman.

Seramai 78 anggota polis pelbagai pangkat, orang awam serta pengamal media menerima sijil kepujian polis.

Di majlis itu sambutan ulang tahun ketua polis Keningau turut diadakan.

 

 

 

 

 2,117 total views,  4 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.