PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mahu sektor pelancongan dan perjalanan di negara ASEAN ditingkatkan seiring penurunan kes Covid-19 di Asia Tenggara.
Menurut Jokowi, peningkatan sektor pelancongan dapat dilakukan dengan mengiktiraf sijil vaksin antara negara-negara ASEAN, lapor Kompas.com.
“Pengiktirafan sijil vaksin di rantau ini termasuk kebolehoperasian sistem vaksin perlu segera dilakukan,” katanya semasa Sidang Kemuncak Pelaburan dan Perniagaan ASEAN .
Jokowi juga mahu ASEAN Travel Corridor Arrangement Framework yang digagaskan di Indonesia tahun lalu diimplementasikan segera.
Katanya, negara-negara ASEAN perlu segera mengatur perjalanan bagi kelompok masyarakat yang sudah divaksinasi serta disahkan sihat atau negatif Covid-19.
Oleh itu, beliau mahu sekatan terhadap penduduk ASEAN dikurangkan.
Jelasnya, berdasarkan rekod Organisasi Pelancongan Dunia (UNWTO), tahap sekatan Covid-19 di Asia Tenggara adalah paling tinggi di dunia sebanyak 82 peratus.
“Dengan peningkatan kawalan Covid-19, jumlah sekatan sudah tentu dapat dikurangkan. Sekiranya semua negara ASEAN memastikan keselamatan pergerakan orang ramai, saya yakin ekonomi dapat pulih kembali,” jelasnya.
277 total views, 1 views today