Oleh: ROSANNA EDEZA
SEORANG Kanak-kanak lelaki berumur dua tahun di Kampung Zon Kumaraling Tambunan (Sabah, Malaysia) yang dilaporkan hilang pada Ahad ditemui lemas kira-kira jam 10.05 pagi pada Isnin.
Mangsa yang dikenalpasti sebagai Mohammad Syaril ditemui oleh orang awam kira-kira tiga kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.
Ibunya mangsa menyedari kehilangan anaknya kira-kira jam 6 petang Ahad apabila menemui selipar di tebing sungai berkenaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Desmond Micky berkata, mangsa ditemui oleh orang awam ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan.
“Sebaik terima panggilan, pasukan bomba bergegas ke lokasi untuk mendapatkan maklumat serta menjalankan operasi SAR.
Desmond berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
“Operasi ditamatkan pada jam 11 pagi,” katanya.